Webinar TinyTechies: Robotic
19 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniSebuah Webinar TinyTechies: Robotic telah berjaya disertai oleh peserta di NADI Pekan Kubu Gajah pada 18 Julai 2026 sebagai salah satu usaha memperkenalkan asas teknologi robotik, elektronik dan pengaturcaraan kepada kanak-kanak serta remaja melalui pembelajaran secara dalam talian yang interaktif.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai konsep asas robotik, sistem digital serta bagaimana komponen elektronik dan pengaturcaraan digunakan dalam pembangunan sesebuah robot. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami kaitan antara teori dan aplikasi teknologi dalam kehidupan seharian.
Sepanjang webinar berlangsung, para peserta mengikuti penerangan daripada tenaga pengajar berpengalaman serta didedahkan kepada pelbagai konsep asas robotik melalui demonstrasi dan aktiviti pembelajaran yang menarik. Sesi ini berjaya meningkatkan minat peserta terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di samping menggalakkan pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah.
Diharapkan penganjuran Webinar TinyTechies: Robotic ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran digital peserta, memupuk minat terhadap bidang robotik dan teknologi, serta melahirkan generasi muda yang lebih inovatif, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran era Revolusi Industri 4.0.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: